Gaji SSM Lagi
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Gaji kakitangan awam bagi bulan Januari 2012 ni masuk lebih awal berbanding kebiasaannya. Ini adalah kerana sambutan tahun baru cina pada hujung bulan. Jadi gaji kakitangan awam pun diawalkan pada 16 Januari . Dapatlah membeli keperluan tahun baru cina bagi yang akan menyambutnya. Bagi yang tak menyambut pun dapatlah tumpang sekaki merasa gaji tahun 2012 ni.
Ramai yang menjangka akan mendapat gaji baru dibawah skim SBPA pada Januari ini tetapi ianya tidak menjadi kenyataan lagi apabila kerajaan menangguhkan pelaksanaan gaji SBPA ini sehingga diberitahu kelak. Jadi untuk gaji bulan Januari ni masih menggunakan gaji dibawah kaedah skim saraan Malaysia atau lebihh dikenali SSM.
Penangguhan gaji dalam SBPA ini bukannya disengajakan. Ianya perlu dikaji agar semua pihak dalam kakitangan awam berpuashati apabila dilaksanakan kelak. Diharapkan selepas ini apabila telah dijalankan tiada lagi kedengaran ada suara yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah ditawarkan.
Related posts:
- Ramai Masih Keliru Lagi Dengan Sistem Gaji Satu Lapis
- Tangga Gaji Guru Dalam Sbpa 2012
- Bonus 2 Bulan Atau Gaji Naik?







