Kelebihan Bulan Syaaban
Assalamualaikumdan salam sejahtera.
Rasanya sekejap sahaja bulan Rejab 1432 akan meninggalkan kita semua dan bulan Syaaban pula akan muncul . Terdapat beberapa kelebihan bulan Syaaban ini yang perlu kita ketahui. Diantaranya ialah:
1. Sabda Nabi S.A.W : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihan ku atas kamu. (Al-Hadis)
2. Sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan penuh dalam bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut. dan terlepas daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaibaninya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. (Al-Hadis)
3. Barangsiapa yang berpuasa pada awal hari Khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam Syurga (Al-Hadis)
4. Berkata Siti Aisyah R.A bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah S.A.W ialah bulan Syaaban.
5. Sabda nabi S.A.W : Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan ( menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa( jasmani rohani)
6. Sabda Nabi S.A.W : Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban , kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya baginya- antar lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Related posts:








