Apakah skim perumahan satu Malaysia (PR1MA)

Skim perumahan satu malaysia (PRIMA)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Kerajaan telah melancarkan satu skim perumahan yang dinamakan sebagai skim perumahan satu Malaysia atau lebih dikenali sebagai PRIMA. Ramai masih lagi kurang informasi mengenai skim PRIMA ini.

Mengikut carian yang saya lakukan dalam talian internet, Skim Perumahan satu Malaysia  (PRIMA). Mengikut skim PRIMA ini, kerajaan akan membina kira-kitra 42 000 unit rumah. Untuk pengetahuan kita juga, buat permualaan ianya hanya akan dibina di 20 kawasan sekitar Lembah Klang,  Rawang dan Seremban sahaja.

Golongan yang disasarkan untuk memiliki rumah melalui skim perumahan satu Malaysia (PRIMA) ini ialah yang berpendapatan isirumah  antara  RM 2500 hingga RM 6000. Harga jualan bagi sebuah rumah mengikut skim ini ialah diantara Rm 150 000 hingga RM 300 000.  Ianya bergantung kepada lokasi dan saiz rumah yang ingin dimiliki oleh pembeli. Mengikut skim PRIMA ini juga, pemohon mestilah pembeli yang pertama kali untuk memiliki rumah dan jumlah pinjaman yang dibenarkan adalah sehingga 105%.  Tempoh pinjaman adalah sehingga 30 tahun dan pembeli akan dikecualikan daripada duti setem.

Mengikut skim PR1MA ini, ianya akan dibina di kawasan bandar dan pinggir bandar dan mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan, contohnya keluasan setiap rumah mestilah diantara 800 hingga 1400 kaki persegi dengan  bilik dan 2 bilik air.

Adalah diharapkan supaya pihak yang berkenaan dapat memperluaskan Skim ini ke seluruh negara supaya semua rakyat yang belum mempunyai rumah dan cukup syarat yang ditetapkan dapat memiliki rumah degan lebih mudah. Selain itu kadar faedah yang ditawarkan  melalui skim ini haruslah tidak membebankan pemilik rumah kelak. Lanngkah ini akan menarik minat lagi orang ramai untuk memiliki premis melalui skim PRIMA ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related posts:

  1. Manfaatkan Skim Komputer 1 Malaysia
  2. Jom Sertai PAL Skim
  3. Kelayakan Olimpik 2012 – Malaysia dan Jepun Dalam satu Kumpulan

4 Responses to Apakah skim perumahan satu Malaysia (PR1MA)

  1. iPai says:

    wah .. menarik ye .. hmm tp ni ayat skema ye .. ada tak explaination kat part ni tak

    ‘jumlah pinjaman yang dibenarkan adalah sehingga 105%. Tempoh pinjaman adalah sehingga 30 tahun’

    apa bezanya kalau jumlah itu berubah n tahun pinjaman pun berubah ..
    iPai recently posted..Putrajaya Floria 2011 Gambar Edisi 2My Profile

    • danish says:

      Itu adalah jumah dan tempoh maksimum yang dibenarkan, mungkin kadarnya berbeza mengikut jumlah dan tempoh pinjaman. Kena rujuk bank untuk tengok rate yang lebih details

  2. salam…sy mempunyai 3 soalan.. yg pertama, sy nk tahu bagaimana utk memohon pinjaman skim rumah 1 malaysia? yg ke2,bg yg blum berumahtangga adakah layak memohon skim ini? dan yg ke3 bagaimana dgn kawasan melaka.. bla kah akan di dirikn rumah skim satu malaysia..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

[ tutup ]